Tuesday 24 September 2013

Kegel...Apa Tu?




KEGEL adalah senaman untuk menguatkan otot pelvik. Otot pelvik berada di antara paha, di mana terletaknya organ reproductive(pembiakan). Otot2 inilah yg menampung organ yg terletak di situ supaya berada di tempat yg sepatutnya.

     Ada beberapa faktor yg menyebabkan oto pelvik kita lemah eg kehamilan, melahirkan anak, umur dan penambahan berat badan. Oto pelvik menampung rahim, pundi kencing dan usus. Jika otot pelvik lemah, organ2 ini akan jatuh ke kawasan vagina. Keadaan ini sangat tidak selesa dan menyebabkan kelemahan pundi kencing (urinary incontinance)

     Macam mana kita nak tahu mana satu otot pelvik ni? Senang je..semasa kencing cuba kemut untuk menahan air kencing. Otot yg dikemut itulah otot pelvik.


     Sebelum melakukan senaman kegel, kosongkan pundi kencing.
     Kemut otot pelvik dlm kiraan 3..
     Lepaskan kemutan..relaxs dlm kiraan 3..
     Ulang sebanyak 10 sets.
Setiap hari cuba tahan kemutan sehingga anda mampu menahan kemutan dalam kiraan 10 sebanyak 3 sets.

Faedah Senaman Kegel  (copy paste dari http://jagabadan.net/vitamin-shaklee-senaman-kegel/)
1) Berupaya mengetatkan vagina
2) Membantu memudahkan proses klimaks sewaktu bersama pasangan
3) Mengurangkan masalah buasir
4) Membantu mengelakkan berlakunya masalah polapse (rahim jatuh) di masa akan datang
5) Sesuai untuk wanita mengandung kerana otot pelvis yang kuat akan membantu melancarkan proses kelahiran terutama sewaktu proses meneran
6) Berupaya mengurangkan risiko berlakunya koyakan keterlaluan sewaktu bersalin
7) Dalam tempoh berpantang, senaman Kegel boleh membantu luka episiotomi pulih dengan lebih cepat di samping membantu menguatkan kembali otot-otot pelvis
8) Meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
9) Menguatkan otot vagina – seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan pada parenium
10) Membantu mengatasi masalah pundi kencing lemah. (1/4 wanita di Malaysia yang berumur 35 thn ke atas mengalami masalah pundi kencing lemah)


sumber;http://www.healthline.com/health/kegel-exercises
     

 Sang Ratu,
    

No comments:

Post a Comment