Wednesday 25 September 2013

Tuesday 24 September 2013

Kegel...Apa Tu?




KEGEL adalah senaman untuk menguatkan otot pelvik. Otot pelvik berada di antara paha, di mana terletaknya organ reproductive(pembiakan). Otot2 inilah yg menampung organ yg terletak di situ supaya berada di tempat yg sepatutnya.

     Ada beberapa faktor yg menyebabkan oto pelvik kita lemah eg kehamilan, melahirkan anak, umur dan penambahan berat badan. Oto pelvik menampung rahim, pundi kencing dan usus. Jika otot pelvik lemah, organ2 ini akan jatuh ke kawasan vagina. Keadaan ini sangat tidak selesa dan menyebabkan kelemahan pundi kencing (urinary incontinance)

     Macam mana kita nak tahu mana satu otot pelvik ni? Senang je..semasa kencing cuba kemut untuk menahan air kencing. Otot yg dikemut itulah otot pelvik.


     Sebelum melakukan senaman kegel, kosongkan pundi kencing.
     Kemut otot pelvik dlm kiraan 3..
     Lepaskan kemutan..relaxs dlm kiraan 3..
     Ulang sebanyak 10 sets.
Setiap hari cuba tahan kemutan sehingga anda mampu menahan kemutan dalam kiraan 10 sebanyak 3 sets.

Faedah Senaman Kegel  (copy paste dari http://jagabadan.net/vitamin-shaklee-senaman-kegel/)
1) Berupaya mengetatkan vagina
2) Membantu memudahkan proses klimaks sewaktu bersama pasangan
3) Mengurangkan masalah buasir
4) Membantu mengelakkan berlakunya masalah polapse (rahim jatuh) di masa akan datang
5) Sesuai untuk wanita mengandung kerana otot pelvis yang kuat akan membantu melancarkan proses kelahiran terutama sewaktu proses meneran
6) Berupaya mengurangkan risiko berlakunya koyakan keterlaluan sewaktu bersalin
7) Dalam tempoh berpantang, senaman Kegel boleh membantu luka episiotomi pulih dengan lebih cepat di samping membantu menguatkan kembali otot-otot pelvis
8) Meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
9) Menguatkan otot vagina – seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan pada parenium
10) Membantu mengatasi masalah pundi kencing lemah. (1/4 wanita di Malaysia yang berumur 35 thn ke atas mengalami masalah pundi kencing lemah)


sumber;http://www.healthline.com/health/kegel-exercises
     

 Sang Ratu,
    

Monday 23 September 2013

I Love Monday..



HAAA... yg tak tahu tu sekarang dah tahu!!!

Sang Ratu,

Tangan Yang Membantu


BETULKAN? Jarang orang fikir musibah org lain tu sebenarnya Allah juga ingin menguji kita. Selalunya kita hanya melihat atau sekadar berkata...sabarlah, itu ujian Allah kpd kamu.

Kindness: one of the greatest gifts you can bestow upon another. If someone is in need, lend them a helping hand. Do not wait for a thank you. True kindness lies within the act of giving without the expectation of something in return.

Sang Ratu,

Sunday 22 September 2013

Tajuk? Ada Cadangan?...

Seorang usahawan online post pic ni di dinding fb beliau..kemungkinan pemilik kereta mewah ni seorg OKU yg berjaya....ini fenomena biasa di Malaysia. Ini bukan masalah buta mata tapi buta hati.


Sang Ratu,

Saturday 21 September 2013

Lebih Mudah Membela Kerbau Sekandang...



JUMPA di fb. Betulke! KZ ada 3 org anak dara. Setiap sorang ada perangai dan minat yg tersendiri.
Susah nak jaga? Setuju sesangat.
     KZ tak berapa risau kalau yg jantan tu kata nak pergi rumah kawan, cuma tanya rumah kawan tu kat mana. Kalau yg anak dara, siap tanya buat apa? Siapa kawan tu...ibu kenal ke...rumah kat mana..pukul berapa nak balik..pergi dan balik dgn siapa?
    Melihat di tv dan membaca di akhbar tentang kehilangan anak2 dara yg masih berhingus membuatkan KZ risau. Dibuatnya di larikan ke Lombok ke? Untuk itu KZ sentiasa berdoa setiap kali solat agar Allah memelihara anak2 tak kira yg teruna atau dara agar terhindar dari perkara2 buruk.

“You educate a man; you educate a man. You educate a woman; you educate a generation.” 
― Brigham Young

Salam Semanis Coklat,


Monday 16 September 2013

Aku Bukan Ratu Hatinya.........

ENTRI kali ni KZ copy paste dari laman fb sebuah page berkisar tentang rumah tangga. Semoga catatan wanita ini menjadi panduan untuk kita. Bacalah dengan hati terbuka dan buat pertimbangan sewajarnya.

BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri)

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...

Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

coretan dari hati seorang Muslimah:

*************************************************

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. 

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. 

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. 

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. 

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. 

Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. 

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. 

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. 

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. 

Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. 

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. 

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. 

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. 

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. 

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. 

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~

************************************************

* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. 

Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. 

Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. 

Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji. 

Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . 

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. 

Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....






















Huwaaaa...Apa Dah Jadi Ni??



SUDAH jenuh KZ mengikut arahan yg blogger.com berikan, namun tidak ada positive result. Sudahnya KZ terpaksa buat satu blog baru. Semanis Coklat tidak ditemui walau masih ada di dash board, jadi cuma KZ saja yg boleh view blog kesayangan KZ tu.

    Kenapa? Kenapa? Tension sungguh. KZ harap teman2 blogger beri sokongan kpd blog baru KZ ni. Selamat bercuti untuk semua.

Sang Ratu,